Selasa, 19 April 2011

Kesi

*Sejenis alat idiofon dari keluarga 'simbal' yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasangkan dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensemble paluan untuk mengiringi tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan. Suara yang dapat dihasilkan oleh alat ini adalah gemersik dan memecah (crashing sound).

Keromong / Bonang

*Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu. Mengandungi dua oktaf yang berlaras anhemitonik pentatonik dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang. Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi (kettle-shaped) dan sifat bunyinya berprinsipkan kepada 'dengung'. Secara dikotomi bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok (perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang (lelaki) mengikut bahasa Jawa. Dalam permainan Gamelan Melayu, melodi pokok diimprovisasikan secara berkumpulan yang dapat diterjemahkan sebagai heterofoni. Ianya menggunakan sistem notasi angka dikenali sebagai French Cheve System sempena dengan nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve daripada Perancis. 

*Di kalangan masyarakat di Terengganu khususnya, secara tradisi, alat bonang dikenali sebagai Keromong, yakni memakai sistem nama yang hampir sama dengan alat dari keluarga Gong yang terdapat di Sarawak, dikenali sebagai 'Engkeromong'. Manakala dalam tradisi Gamelan di Johor, Bonang merupakan alat terpenting dalam ensemble yang menvariasikan melodi pokok ataupun lebih tepat lagi disifatkan sebagai Cantus firmus, iaitu satu melodi pendek.
*Peringkat Alat : Keromong
*Gambang
*Saron Demung
*Saron Barung
*Saron Penerus/Pekin
*Kenong
*Gendang
*Gong Agung/Suwukan

Kertuk Kayu / Kerantung

*Kertuk Kayu sejenis alat idiofon yang mempunyai peranan yang suci bagi masyarakat Islam di Malaysia, khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman dan desa. Diperbuat daripada jenis kayu yang terpilih, lazimnya dari spesis 'Nangka' dan berbentuk 'oblong' iaitu memanjang. Pada permukaannya ditebukkan lubang khas yang berfungsi sebagai lubang suara ataupun gema. Ianya dipalu dengan kayu yang diperbuat daripada kayu yang keras untuk menghasilkan bunyi. Sering kelihatan digantung pada anjung masjid ataupun surau di kampung-kampung dan dipalu menandakan masuknya waktu-waktu untuk bersolat dan diikuti dengan laungan azan. Ianya merupakan alat asli bagi orang-orang Melayu di Nusantara. Selain daripada kegiatan yang berunsur keagamaan bagi umat Islam di rantau ini, ianya juga digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi.
*Istilah 'Kertuk Kayu' bagi maksud ini merupakan satu nama yang sering digunakan oleh orang-orang Melayu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya, manakala masyarakat di Johor dan di negeri-negeri lain alat ini dikenali sebagai 'Kerantung' juga mendukungi fungsi yang sama seperti Kertuk Kayu.

Kertuk Buluh

*Kertuk Buluh sejenis alat yang dapat digolongkan di bawah keluarga 'Kertuk'. lanya diperbuat daripada tabung buluh dan pada permukaannya ditebuk satu lubang khas yang berfungsi sebagai lubang suara. Ini bagi menjamin supaya udara yang berada dalam ruang tabung alat berkenaan dapat mengalir keluar dengan bebas apabila alat ini diketuk. Alat ini pada asalnya digunakan bagi menghalau burung-burung daripada memakan hasil tanaman mereka seperti padi. Kini alat tersebut sering digunakan sebagai alat props untuk tarian rakyat yang bersifat kontemporari.

Kenong

*Kenong diperbuat daripada 'perunggu' dan mendukung peranan sebagai alat kolotomi yang dominan dalam rangkaian Gamelan di Malaysia. Dalam ensemble Gamelan Melayu, Kenong disertakan dalam satu oktaf yang berlaras Pentatonik (anhemitonic Pentatonic) iaitu skala lima nada tanpa semiton pada jedanya, mempunyai pic yang tetap iaitu fixed-pitch yang diasaskan kepada Western Tempered Pitch, manakala tradisi Gamelan di Johor mengamalkan dua sistem skala iaitu slendro, bermaksud lima nada dan skala Pelog yang mengandungi tujuh nada. Sistem skala berkenaan adalah diasaskan kepada Non-Tempered Pitch dan mempunyai tangga suara yang lebih kecil. Dalam disiplin Gamelan di Jawa Indonesia, istilah Kenong juga digunakan untuk salah satu nada dalam Kerawitan khususnya bagi nada 'loloran' ataupun 'lima'.

Kemplingan

*Kemplingan sejenis gendang satu muka yang digunakan dalam tradisi bacaan rawi yang menyerupai berzanji oleh masyarakat Melayu berketurunan Jawa di Johor. Kesenian ini juga dikenali dengan nama Kemplingan. Dalam persembahan kemplingan lazimnya disertai oleh empat pemain kemplingan, seorang pemain Jidur dan seorang pemain gendang panjang. Mereka akan memainkan pola paluan yang khusus dan spesifik bagi mengiringi bacaan rawi yang disertai oleh sekumpulan lelaki dewasa. Alat kemplingan dibuat dalam tiga saiz, yang berukuran besar dikenali sebagai kemplingan besar dan mempunyai suara yang rendah. Manakala yang berukuran sedarhana dan kecil, berperanan sebagai gendang tingkah dan mempunyai pic yang tinggi.

Gerdang Sembilan

*Merupakan salah satu alat muzik tradisional masyarakat Melayu yang berketurunan Mandaling. Ianya didapati berkembang di negeri Selangor dan dimainkan sebagai muzik iringan untuk tarian dan juga hiburan. Secara fizikal ianya merupakan Gendang dua muka yang berbentuk 'kun'. Baluhnya diperbuat daripada kayu 'surian', 'immu' ataupun 'batang kelapa'. Pada permukaan besar dirambing dengan belulang lembu betina dan pada permukaan kecil ditutup dengan kayu, yang mana dari aspek persembahan penutup kayu tersebut tidak berperanan apa-apa, tetapi dari aspek ekustiknya, ianya dapat memampatkan lagi 'densiti' suara-suara yang dihasilkan melalui permukaan besarnya melalui tindak balas udara yang terkandung di dalamnya. Dua batang pemukul kayu digunakan untuk menghasilkan bunyi yang agak bergemuruh.

Gong / Telawak Ibu


*Gong/Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang utama dalam budaya muzik masyarakat Melayu tradisi di Malaysia. Ianya sering digunakan secara berpasangan dengan Tetawak Anak khususnya dalam ensemble bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit Kelantan, Menora dan Main Petri serta tarian klasik istana seperti Asyik dan tarian-tarian rakyat seperti 'Garong', 'Wau Bulan', 'Ulit Gambuh', yang berkembang di negeri Kelantan. Tetawak Ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan bentuk fizikal yang lebih besar daripada Tetawak Anak. Ianya dilaras mengikut sistem pic yang tidak tetap (undefinite pitch) dan mampu untuk menghasilkan siri overtone yang banyak. Jarak jedanya dengan Tetawak Anak, mengikut sistem kiraan cent (Cent's Intervalic System) adalah dalam lingkungan 200 - 250 Cents. Tetawak juga digunakan secara berpasangan dalam persembahan Mak Yong Laut di Perlis.
*Dalam disiplin Paluan Silat, Dabus, Nobat Di Raja, Mek Mulung dan Jikey dan ensemble 'sinkretik' seperti 'Dondang Sayang', alat gong digunakan secara tunggal iaitu sebiji sahaja. Dalam konteks persembahan, pada prinsipnya Tetawak Ibu dan Anak digantungkan pada tiang yang diukir khas dan Tetawak Ibu hendaklah berada di sebelah kiri pemain. Untuk menstabilkan kedudukannya, 'kayu mengambang' telah dipasangkan. Ini bagi menjaminkan alat tadi tidak berlaga apabila ianya dipalu. Pemalu, iaitu sounding device lazimnya diperbuat daripada kayu dan dilapik ataupun dililitkan pada hujungnya dengan bahan lembut seperti kain ataupun getah, kemudiannya disirat dengan tali benang. Gong Ibu dan Anak juga berperanan sebagai alat kolotomik dalam ensemble 'Gendang Keling' di Kedah dan 'Terinai' di Perlis. Gong-gong ini adalah dari jenis yang berukuran kecil serta nipis. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan dan petri. Gong tersebut dikatakan mempunyai pertalian dengan 'Gong Hooi' dari Thailand. Dalam ensemble Wayang Kulit yang berkembang di Kedah, gong juga digunakan secara berpasangan dan disifatkan sebagai Gong Jantan dan Gong Betina. Ianya berukuran kecil dan kelihatan seperti alat 'Mong'. Gong-gong tadi diletakkan di atas para dan dipalu secara menegak (vertical). Alat gong jenis 'Hooi' yang diperbuat daripada gangsa ataupun tembaga hitam yang terdapat dalam ensemble Mek Mulung, mampu menghasilkan suara yang lantang iaitu sonorous dan mempunyai gema yang pendek.
*Di Negeri Kelantan pada satu ketika dahulu terdapat tukang-tukang yang mahir dalam pembuatan alat seperti 'Gong Hooi', 'Mong' dan juga 'Canang' daripada gangsa dengan menggunakan teknik acuan. Kini pembuatan alat 'Canang' dan 'Mong' masih diteruskan di kawasan-kawasan tertentu di Kuala Terengganu. Dalam pada itu di kalangan masyarakat tertentu yang terdapat di Sabah dan Sarawak, 'gong' telah dijadikan sebagai hantaran yang paling bernilai mengikut adat mereka dalam soal nikah kahwin dan sekaligus melambangkan kekayaan. Begitu juga peranan gong dalam masyarakat tertentu di kampung-kampung di Negeri Kelantan, dari sudut non-musical, gong digunakan untuk tujuan di antaranya ialah :

(
i) Memohon izin ataupun meminta laluan daripada masyarakat dari kampung lain sebelum melalui kampung tersebut. Untuk ini gong anak dipalukan dengan moderithme yang lazim digunakan untuk berhubung dalam komuniti berkenaan.

(ii)
Untuk memanggil ataupun menyegerakan orang yang berkenaan supaya datang berhimpun dalam sesuatu upacara. Untuk ini gong anak dipalukan dengan moderithme bersifat 'meno moso' dan tombolnya diperdamkan.

(iii)
Mencari atau mengajak lawan untuk sesuatu pertandingan seperti Gasing, Kertuk, Rebana Ubi dan Wayang Kulit. Untuk tujuan ini gong ibu dipalukan. Sekiranya palung gong tadi dijawab, maka perlawanan menjadi kenyataan.

Gong
juga diberi makna yang simbolik dalam konteks sosio-budaya mereka iaitu sebagai Seri Berdengung.

Gong Agung

*Gong Agung diperbuat daripada 'perunggu', mempunyai ukuran 90 - 95 sm pada garisan lintang serta ketinggian di antara 28 - 30 sm dan mampu untuk menerbitkan siri overtone yang terbanyak dan mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong. Berperanan sebagai alat kolotomik dalam genre Gamelan di Malaysia. Sifat kolotomiknya adalah lebih berpusat kepada ciri-ciri penamat bagi sesebuah lagu dan adakalanya digunakan sebagai penanda bagi keratin frasa-frasa lagu mengikut repertoirnya. Gong Agung daripada perunggu sering digunakan dalam permainan Gamelan Melayu iaitu satu nama genre yang digunakan apabila membicarakan mengenai rangkaian Gamelan di Malaysia iaitu Joget Gamelan, merupakan gabungan tarian dan muzik yang mula dicipta di kalangan istana-istana di Pahang pada abad ke 19, kemudian Terengganu pada awal abad ke 20.

Manakala Gong Agung yang sering digunakan dalam ensemble yang berkembang di Johor adalah diperbuat daripada besi oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan masyarakat Melayu berketurunan Jawa. Mereka menggunakan teknik petri dan tempa untuk membuat gong tersebut.
*Gong Agung digunakan secara berpasangan dengan Gong Suwukan, iaitu alat kolotomik yang berukuran sederhana besar dalam keluarga gong. Ianya diperbuat daripada penunggu dan berukuran 65 sm pada garis lintang. Sifat kolotomiknya lebih berpusat kepada ciri-ciri pembahagian pada keratan frasa-frasa lagu mengikut proses 'gongan' iaitu satu proses pembinaan lagu bagi setiap pembahagian keratannya sebelum kemasukkan gong yang berkenaan.

Gendang Ibu

*Sejenis gendang 'dua muka' yang berukuran besar dan ditakrifkan sebagai Gendang Melayu. Ianya mula berkembang di negeri Kelantan dan digunakan sebagai alat genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringi teater tradisional serta tarian klasik istana dan rakyat.
*Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka ataupun jenis kayu keras yang lain yang dianggap sesuai. Bentuknya seperti tempayan iaitu barrel-shape dan tebukkan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran. lni bagi menjaminkan mutu suara yang terbaik iaitu yang ideal. Bagi masyarakat penggamal di negeri Kelantan, khususnya, bentuk tersebut sering diunggapkan sebagai 'tubuh ikan'. Pada permukaan besar temalang tersebut telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing.
*Proses merambing hendaklah berrnula dengan meregang ataupun memasangkan kulit-kulit berkenaan yang masih dalam keadaan lembab pada bingkai buluh. Dengan ini, apabila kering, ianya akan turut menebat iaitu bind together di antara kulit dan bingkai tersebut. Kemudian dipasangkan serentak pada kedua-dua muka gendang tersebut dan dijalin dengan rotan, berbentuk seperti 'Y' sebagai bahan penegang, menerusi gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit berfungsi sebagai 'simpai' iaitu alat tala ataupun immediate tuning device bagi gendang. Dalam proses penalaan bunyi, kemban rotan juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Dalam keadaan yang sama kemban rotan juga berfungsi sebagai bahan penghias.
*'Temalang' Gendang Anak - Tebukan dalaman sesebuah gendang itu adalah penting bagi menentukan timbre ataupun sifat bunyinya

Geduk

*Gendang dua muka yang berbentuk silinder. Ianya sering digunakan dalam permainan Wayang Kulit dan Menora di Kelantan dan Wayang Gedek di Kedah. Baluhnya diperbuat daripada kayu keras seperti nangka ataupun angsana (sena) dan pada kedua-dua permukaannya diregangkan dengan belulang lembu dengan menggunakan bahan pelekat dan berbaji ataupun pasak yang diperbuat daripada kayu keras, lazimnya daripada kayu nibung. Alat Geduk dipasang dengan kaki pada bahagian depan badannya. Dalam konteks persembahan, posisi muka Geduk akan berada secara berhadapan dengan pemainnya. Ianya dipalu dengan sepasang pemukul kayu.
*Dalam ensemble Wayang Kulit dan Menora di Kelantan ianya disertakan secara berpasangan iaitu Ibu dan Anak. Secara dikotomi, Geduk Ibu mempunyai ukuran yang lebih besar daripada Geduk Anak dan mampu menghasilkan suara yang lebih ubar ataupun rendah daripada Anak. Sungguhpun mempunyai dua muka, tetapi pada permukaan yang di atas sahaja digunakan untuk menghasilkan bunyi. Kemasukan (entry point) geduk dalam persembahan muzik Wayang Kulit misalnya adalah secara bergilir-gilir di antara 'ibu' dan 'anak' dan sering dimainkan oleh dua orang pemain.

Gambang Kayu

*Sumber bunyinya berasaskan kepada kayu yang dilaras mengikut pic yang dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak gema (resonator). Kepingan kayu itu dikenali sebagai 'belira' di negeri Kelantan. Terdapat juga belira-belira bagi alat Gambang yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong (Oncosperma tigillaria), dipercayai dapat menghasilkan suara yang lebih mantap. Kayu-kayu jenis keras dari spesis seperti nangka, merbau ataupun cengal seperti yang terdapat pada alat 'Ranak Ek' di Thailand, sering digunakan untuk membuat belira bagi alat Gambang. Dalam rangkaian ensemble Garnelan di Malaysia, Gambang kayu yang mengandungi beberapa oktaf digunakan sebagai alat melodi. Ianya dipukul dengan sepasang kayu pemukul khas untuk menghasilkan bunyi.

Engkeromong

*Engkeromong istilah tempatan bagi alat daripada keluarga knobedgong atau 'gong berbusut'. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada perunggu.
*Alat ini dikatakan alat ash bagi masyarakat di rantau Asia Tenggara. Engkeromong begitu terkenal di kalangan suku kaum Iban dan sering digunakan dalam ensemble untuk mengiringi tarian 'Ngajat'. Dalam konteks persembahan, engkeromong telah diatur di atas para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk menghasilkan pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu in step wise, menaik dan menurun.
*Di bawah sistem idiofon terdapat juga alat dari keluarga knobedgong yang berukuran besar iaitu dikenali sebagai 'bandai'. Alat ini menyerupai alat 'tetawak' yang terdapat di negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan lambang kuasa dan kekayaan bagi masyarakat Iban.

Cerek Kecerek / Centong

*Alat idiofon berbentuk 'bilahan'. Lazimnya diperbuat daripada buluh dan berukuran 45 sm panjang dan 6 sm lebar. Secara umum ianya dikenali sebagai alat clappers iaitu menggunakan prinsip clap ataupun 'tepuk' untuk menghasilkan bunyinya. Alat ini disertakan secara berpasangan, dimainkan oleh seorang pemain. Alat Kecerek ini sering digunakan dalam teater tradisional seperti 'Menora' oleh masyarakat tempatan berketurunan Thai di Kelantan, Mak Yong Laut di Perlis, Jikey dan Mek Mulung di Kedah. 
*Dalam persembahan berkenaan lazimnya disertai oleh beberapa orang pemain di mana seorang pemain akan memegang sepasang Cerek dan menghasilkan rentak secara unison. Dalam konteks persembahan, alat 'Cerek' berperanan sebagai 'penanda masa' (time marker). Di kalangan masyarakat pribumi di Australia terdapat sejenis alat yang dinamakan BOOMERANG yang digunakan sebagai alat untuk memburu, tetapi dalam kontekstual muziknya, alat ini juga merupakan alat Clapper dan sering digunakan dalam nyanyian mereka.
*Alat clapper yang berbentuk seperti tangan dan diperbuat daripada gading dikatakan telahpun wujud di Mesir sejak 2700 S.M. Ianya digunakan untuk tarian bersama dengan alat lyre sebagai alat melodi. 
*Di samping itu, sejenis alat clappers seperti yang terdapat dalam permainan Wayang Kulit Kelantan, dikenali sebagai 'kayu pemetik' ataupun 'kayu kesah' adalah lahir dari idea yang sarna. Alat clappers juga digunakan untuk menghalau burung atau binatang-binatang lain daripada memakan buah-buah yang berada pada pokok yang tinggi. Ianya dipasang pada pokok berkenaan kemudian ditarik dengan tali untuk menghasilkan bunyinya.
*Pada zaman Greek Purba, alat clappers yang dikenali sebagai upalon dipasang pada tapak kaki pemain yang bertindak sebagai 'penjaga masa' (time keeper) dalam pementasan drama mereka.
 
 

Canang

*Canang sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.
*Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional ianya disertakan secara berpasangan iaitu Canang 'ibu' dan 'anak'. Manakala dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti Asyik mengikut amalan semasa canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai pic suara yang tepat (definite pitch). Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, canang yang bernada seperti C, D, E dan G mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang bersifat minimalism iaitu secara berulang-ulang. Kini terdapat dua jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'.
*

Caklempong

lempong
Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk mendiskripsikan jenis ensemblenya. Mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.

Beduk

Beduk adalah Gendang satu muka yang berbentuk memanjang iaitu elongated. Peranannya dalam budaya masyarakat Melayu khususnya di Nusantara adalah bersifat non-musical. Malah ianya merupakan sebagai instrument untuk mengesakan perintah Allah s.w.t. Digunakan di surau ataupun masjid di kampung-kampung bagi menandakan masuknya waktu untuk bersolat. Ianya dipukul dengan pemukul kayu dalam pola rithme yang beransur cepat iaitu accelerando.

Angklung

Alat idiofon yang digoyang. Ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih. Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu sama lain dan bagi Angklung pengiring iaitu accompaniment, ianya perlu dilaras mengikut kaedah 'trinada' (Tonic Triad) iaitu Do, Mi, So sama ada dalam mode Major ataupun Minor. Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang dan 'Barungan' yang mula berkembang di Johor.

Alu Bunyi

Merupakan sebuah alunan irama muzik yang dilahirkan melalui kegiatan menumbuk padi. Dalam kesenian tersebut alat Lesong yang diperbuat daripada kayu digunakan sebagai induk dan 'alu' sebagai alat untuk 'menumbuk' yang bertindak sebagai sound initiator iaitu alat perintis kepada unsur bunyi yang dilahirkan oleh alat lesong berkenaan. Permainan ini begitu terkenal di kalangan masyarakat petani dan juga komuniti setempat di kawasan-kawasan tertentu di negeri Perlis dan dikaitkan dengan pesta menuai. Di kalangan masyarakat berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan kesenian ini dikenali sebagai 'Tumbuk Kalang' di mana beberapa pemain akan menumbuk lesong sambil menyanyi.

Kempul

 Kempul berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangkaian Gamelan di Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu. Ianya merupakan satu penambahan barn daripada yang sedia ada. Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat seperti Bonang/Keromong, Gambang kayu, Saron Barung, Saron Demung, Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi mampu untuk menghasilkan suatu fizikal muzik yang dinamis bagi memenuhi keperluan tarinya.