Selasa, 19 April 2011

Gong Agung

*Gong Agung diperbuat daripada 'perunggu', mempunyai ukuran 90 - 95 sm pada garisan lintang serta ketinggian di antara 28 - 30 sm dan mampu untuk menerbitkan siri overtone yang terbanyak dan mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong. Berperanan sebagai alat kolotomik dalam genre Gamelan di Malaysia. Sifat kolotomiknya adalah lebih berpusat kepada ciri-ciri penamat bagi sesebuah lagu dan adakalanya digunakan sebagai penanda bagi keratin frasa-frasa lagu mengikut repertoirnya. Gong Agung daripada perunggu sering digunakan dalam permainan Gamelan Melayu iaitu satu nama genre yang digunakan apabila membicarakan mengenai rangkaian Gamelan di Malaysia iaitu Joget Gamelan, merupakan gabungan tarian dan muzik yang mula dicipta di kalangan istana-istana di Pahang pada abad ke 19, kemudian Terengganu pada awal abad ke 20.

Manakala Gong Agung yang sering digunakan dalam ensemble yang berkembang di Johor adalah diperbuat daripada besi oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan masyarakat Melayu berketurunan Jawa. Mereka menggunakan teknik petri dan tempa untuk membuat gong tersebut.
*Gong Agung digunakan secara berpasangan dengan Gong Suwukan, iaitu alat kolotomik yang berukuran sederhana besar dalam keluarga gong. Ianya diperbuat daripada penunggu dan berukuran 65 sm pada garis lintang. Sifat kolotomiknya lebih berpusat kepada ciri-ciri pembahagian pada keratan frasa-frasa lagu mengikut proses 'gongan' iaitu satu proses pembinaan lagu bagi setiap pembahagian keratannya sebelum kemasukkan gong yang berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan