Selasa, 19 April 2011

Gendang Ibu

*Sejenis gendang 'dua muka' yang berukuran besar dan ditakrifkan sebagai Gendang Melayu. Ianya mula berkembang di negeri Kelantan dan digunakan sebagai alat genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringi teater tradisional serta tarian klasik istana dan rakyat.
*Temalangnya diperbuat daripada kayu nangka ataupun jenis kayu keras yang lain yang dianggap sesuai. Bentuknya seperti tempayan iaitu barrel-shape dan tebukkan dalaman dilakukan selari dengan bentuk luaran. lni bagi menjaminkan mutu suara yang terbaik iaitu yang ideal. Bagi masyarakat penggamal di negeri Kelantan, khususnya, bentuk tersebut sering diunggapkan sebagai 'tubuh ikan'. Pada permukaan besar temalang tersebut telah dirambing dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing.
*Proses merambing hendaklah berrnula dengan meregang ataupun memasangkan kulit-kulit berkenaan yang masih dalam keadaan lembab pada bingkai buluh. Dengan ini, apabila kering, ianya akan turut menebat iaitu bind together di antara kulit dan bingkai tersebut. Kemudian dipasangkan serentak pada kedua-dua muka gendang tersebut dan dijalin dengan rotan, berbentuk seperti 'Y' sebagai bahan penegang, menerusi gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit berfungsi sebagai 'simpai' iaitu alat tala ataupun immediate tuning device bagi gendang. Dalam proses penalaan bunyi, kemban rotan juga dipakai pada badan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat mengendur. Dalam keadaan yang sama kemban rotan juga berfungsi sebagai bahan penghias.
*'Temalang' Gendang Anak - Tebukan dalaman sesebuah gendang itu adalah penting bagi menentukan timbre ataupun sifat bunyinya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan