Merupakan sebuah alunan irama muzik yang dilahirkan melalui kegiatan menumbuk padi. Dalam kesenian tersebut alat Lesong yang diperbuat daripada kayu digunakan sebagai induk dan 'alu' sebagai alat untuk 'menumbuk' yang bertindak sebagai sound initiator iaitu alat perintis kepada unsur bunyi yang dilahirkan oleh alat lesong berkenaan. Permainan ini begitu terkenal di kalangan masyarakat petani dan juga komuniti setempat di kawasan-kawasan tertentu di negeri Perlis dan dikaitkan dengan pesta menuai. Di kalangan masyarakat berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan kesenian ini dikenali sebagai 'Tumbuk Kalang' di mana beberapa pemain akan menumbuk lesong sambil menyanyi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan