*Alat idiofon berbentuk 'bilahan'. Lazimnya diperbuat daripada buluh dan berukuran 45 sm panjang dan 6 sm lebar. Secara umum ianya dikenali sebagai alat clappers iaitu menggunakan prinsip clap ataupun 'tepuk' untuk menghasilkan bunyinya. Alat ini disertakan secara berpasangan, dimainkan oleh seorang pemain. Alat Kecerek ini sering digunakan dalam teater tradisional seperti 'Menora' oleh masyarakat tempatan berketurunan Thai di Kelantan, Mak Yong Laut di Perlis, Jikey dan Mek Mulung di Kedah.
*Dalam persembahan berkenaan lazimnya disertai oleh beberapa orang pemain di mana seorang pemain akan memegang sepasang Cerek dan menghasilkan rentak secara unison. Dalam konteks persembahan, alat 'Cerek' berperanan sebagai 'penanda masa' (time marker). Di kalangan masyarakat pribumi di Australia terdapat sejenis alat yang dinamakan BOOMERANG yang digunakan sebagai alat untuk memburu, tetapi dalam kontekstual muziknya, alat ini juga merupakan alat Clapper dan sering digunakan dalam nyanyian mereka.
*Alat clapper yang berbentuk seperti tangan dan diperbuat daripada gading dikatakan telahpun wujud di Mesir sejak 2700 S.M. Ianya digunakan untuk tarian bersama dengan alat lyre sebagai alat melodi.
*Di samping itu, sejenis alat clappers seperti yang terdapat dalam permainan Wayang Kulit Kelantan, dikenali sebagai 'kayu pemetik' ataupun 'kayu kesah' adalah lahir dari idea yang sarna. Alat clappers juga digunakan untuk menghalau burung atau binatang-binatang lain daripada memakan buah-buah yang berada pada pokok yang tinggi. Ianya dipasang pada pokok berkenaan kemudian ditarik dengan tali untuk menghasilkan bunyinya.
*Pada zaman Greek Purba, alat clappers yang dikenali sebagai upalon dipasang pada tapak kaki pemain yang bertindak sebagai 'penjaga masa' (time keeper) dalam pementasan drama mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan